Pengarah filem Aku Terima Nikahnya, Eyra Rahman yang pertama kali mengarah filem menjelaskan dia memilih Adi dan Nora untuk menerajui filem Aku Terima Nikahnya kerana keserasian antara mereka selain gandingan mereka berdua digemari penonton ekoran drama Tentang Dhia.

“Saya memilih mereka sebab ini filem pertama saya, jadi saya perlukan pelakon yang berpengalaman. Sebenarnya ada beberapa pelakon lain tetapi akhirnya nama mereka yang disenarai pendek dan dipersetujui oleh saya dan pihak penerbit,” katanya.

Filem Aku Terima Nikahnya yang memulakan penggambaran pada 18 Februari lalu mengisahkan Johan (Adi Putra) menikahi Arlisa (Nora Danish) dan mereka hidup bahagia.

Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Johan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan termasuk melupai siapa Arlisa di hatinya. Bagaimanapun, Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik kepada Arlisa. Apakah kesudahannya?

Nantikan kemunculan filem Aku Terima Nikahnya yang turut dibintangi oleh Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel Ismail di pawagam pada penghujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.

Related posts: